FEBRUARI 2023

Malam Apresiasi GPS


KUCHING, 11 Feb - Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abg Johari bin Tun Abg Openg serta isteri telah hadir ke Majlis Makan Malam Apresiasi GPS sempena PRU15 bertempat di Dewan Majma, Kuching. 

Majlis adalah sebagai menghargai kejayaan GPS yang julungkali bertanding pada PRU15 dengan memperolehi kemenangan besar iaitu 23 kerusi Parlimen berbanding 18 kerusi pada PRU14. 

Antara ucapan amanat beliau, YAB Abg Jo merakamkan jutaan terima kasih kepada semua lapisan rakyat Sarawak yang telah memberi kemenangan besar kepada GPS dan juga semua jentera parti komponen GPS iaitu PBB, PRS, SUPP dan PDP. 

Kemenangan GPS tersebut juga telah membantu menubuh Kerajaan Perpaduan di Peringkat Kerajaan Persekutuan yang telah melantik seramai lima org ahli Parlimen GPS sebagai  Menteri Penuh, enam orang Timbalan Menteri dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan dan julungkali jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dari Sarawak. 

Beliau juga mengatakan bahawa Perdana Menteri telah memberi pengiktirafan besar kepada dasar baharu jerajaan Sarawak iaitu Ekonomi Digital dan Ekonomi Hijau sehingga.beliaumembawa Premier Sarawak ke lawatan rasmi di Brunei dan Singapura. 

YAB Abg Jo juga menyatakan bahawa Perdana Menteri Malaysia telah bersetuju  jaringan Jalan di antara Sarawak dan Brunei diteruskan, Sarawak akan menjual tenaga elektrik ke Singapura dengan maksima 1000 megawat dengan Singapura akan menghantar para pelabur ekonomi hijau dan data centre ke Sarawak dan juga kajian cadangan untuk Sarawak dan Indonesia membanguan Hidro Dam di Nusantara, Kalimantan, Indonesia. 

Terdahulu, semua wakil komponen GPS berucap bagi memberi penghargaan dan terima kasih atas kejayaan PRU15. 

Turut hadir YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Yang DiPertua PBB Sarawak merangkap ahli majlis kepimpinan tertinggi GPS, YBhg Datuk Nelson Balang Rining Setiausaha Agung Parti Progressif Demokratik ( PDP) mewakili Presiden, YBhg Datuk Joseph Salang Gandum, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), YB Dato Sri Prof Dr Sim Kui Hian, Presiden Sarawak United People's Parti ( SUPP ), YB Datuk Amar Awg Tengah Ali Hassan, Timbalan Pengerusi PBB, YAB Dato Sri Fadillah Haji Yusuf, Naib Pengerusi PBB, Dato Sri Alexander Linggi, Setiausaha Agung PBB, YB Datuk Amar Tan Sri Asfia Awang Nasar, pengerusi tetap PBB dan kenamaan lain

Sumber dari : Sarawakku